Implikasi letak SPRM di bawah Parlimen akan diteliti - PM

2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM,18 Jun- Cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen akan diteliti dan dibincangkan.

Ini kerana menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,implikasi terhadap keputusan itu perlu diambil kira.

Bagaimanapun tegas Anwar,perkara utama yang harus dititkberatkan adalah individu yang didakwa harus menjalani prosedursiasatan yang betul.

"Sekarang ini,yang penting siasat dan ada bukti nyata,(individu) yang kena dakwa,jawab. Itu yang penting.

"Jangan guna teknikal argument (hujah) untuk lari daripada kenyataan... saya tak peduli.

"Kalau ada bukti,jangan reka,jangan (buat) naya," kata Anwar kepada pemberita semasa hadir ke majlis kenduri korban sahabat beliau,Hamzah Mat Isa di Mengkuang Semarak di sini hari ini.

Terdahulu,terdapat cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas dan telus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap