KKM akan ambil tindakan terhadap pengamal perubatan palsu

2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni

IPOH,12 Julai - Siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pengamal perubatan palsu dipercayai warga asing yang menjalankan pusat perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen serta tidak bertauliah di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata,perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Pasca Kabinet supaya agensi bertanggungjawab menyiasat dengan lebih terperinci.

"Tindakan undang-undang akan dikenakan kerana dipercayai aktiviti tersebut dijalankan secara haram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini.

Sebelum ini,Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa KKM menjalankan siasatan segera terhadap pengamal perubatan palsu dipercayai warga asing dan premis kecantikan miliknya yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor.

Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata ini selepas seorang wanita yang menjalani pembedahan payudara membabitkan kos RM23,400 pada 21 Jun 2022 mengalami kesakitan selepas terperdaya melakukan pembedahan di pusat perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen akibat tertarik dengan tawaran di media sosial.

Dalam perkembangan lain,Lukanisman berkata tindakan beberapa pekerja lelaki berbadan sasa yang menjual durian tanpa memakai baju di sebuah gerai dipercayai di Kajang,Selangor tidak sesuai dalam proses penyediaan makanan kerana ia melibatkan kebersihan diri.

"Walaupun bertujuan meningkatkan hasil jualan tetapi tindakan tersebut tidak boleh dicontohi penjual makanan lain kerana ia membabitkan penjualan buah-buahan,tidak membuat penyediaan makanan yang bermasak,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa pekerja lelaki berbadan sasa menjual durian dengan tidak memakai baju.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap