16 penduduk tinggal sehelai sepinggang

2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

KUCHING,25 Julai-Kira-kira 16 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya,Mohamad Meramit kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.00 pagi itu telah memusnahkan tiga buah rumah selain beberapa kenderaan.

Susulan itu pihaknya telah menghantar sebuah jentera pemadam dengan kekuatan 10 anggota bagi mengawal kebakaran dari terus merebak.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar pukul 4.00 pagi berikutan akses ke lokasi kejadian agak sempit.

Operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela kampung Bako.

Menjelaskan insiden itu kepada media di Kuching pagi tadi,Mohamad turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan kerugian sedang disiasat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap