Niaga hadapan MSM melonjak berikutan pengukuhan pasaran minyak soya

2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,26 Julai- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini,didorong oleh pengukuhan dalam pasaran minyak kacang soya,kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau memberitahu Bernama bahawa kadar eksport yang lebih baik daripada jangkaan juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada kenaikan harga.

“Oleh itu,kami melihat harga hari ini disokong dengan baik di atas RM3,900 dengan rintangan pada paras RM4,000,” kata Ng.

Pada penutupan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat RM36 kepada RM4,044 satu tan,September 2024 naik sebanyak RM25 kepada RM3,975 satu tan dan Oktober 2024 melonjak RM24 kepada RM3,942 satu tan.

Kontrak November 2024menokok RM25 kepada RM3,927 satu tan,Disember 2024 bertambah RM21 kepada RM3,925 satu tan dan Januari 2025 mencatatkan kenaikan sejumlah RM17 kepada RM3,933 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 52,074 lot berbanding 66,335 lot yang disaksikan semalam,manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 218,561 kontrak daripada 222,405 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan adalah RM20 lebih baik kepada RM4,060 satu tan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap