Lebih 3,000 Jalur Gemilang berkibar, hiasi Kampung Bangsal Lebah

2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

KAYANG,18 Ogos- Kibaran lebih 3,000 Jalur Gemilang menghiasi setiap laluan dan 200 rumah penduduk Kampung Bangsal Lebah,Kayang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Inisiatif itu membuktikan semangat cintakan negara dalam kalangan penduduk,sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bangsal Lebah,Norhayati Hashim,kerjasama dan semangat gotong royong antara penduduk membolehkan Jalur Gemilang dikibarkan dengan megah di setiap penjuru kampung.

Tradisi menghiasi Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan telah bermula seawal bulan Ogos dan berterusan sehingga Sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan,menjadi agenda tahunan penduduk kampung tersebut.

"Program ini juga dapat menyemarak perpaduan selain mengingatkan generasi muda supaya mengerti makna sebenar kemerdekaan yang dicapai negara dan pengorbanan pejuang terdahulu memerdekakan negara."

"Sebagai rakyat Malaysia,tanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa tunggu Bulan Kebangsaan,tetapi bila dah masuk bulan Ogos,pastinya ia perlu diperhebat sebagai tanda cintakan negara," kata Norhayati kepada pemberita.

Norhayati ditemui pada Program Kibaran Jalur Gemilang,1 Rumah 1 Jalur Gemilang di Kampung Bangsal Lebah,Kayang,Perlis.

Lebih 500 Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk setempat oleh Ketua UMNO Bahagian Kangar,Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya,sempena bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap