Tiada keperluan isytihar tanah jerlus Masjid India sebagai zon bencana

2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon bencana perlu melalui permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) / Foto Bernama

KOTA BHARU,29 Ogos - Belum tiba masanya untuk mewartakan lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat dan bencana.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon bencana perlu melalui permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Walaupun bukan satu bencana,tetapi kita punya tindakan Polis,Bomba,DBKL,Agensi Nuklear,APM,Indah Water,kita bertindak seolah-olah ini adalah satu bencana,ada didirikan pusat kawalan operasi,kita bergerak ke arah itu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Kelantan,Datuk Muhamad Zaki Harun,dengan Timbalan Ketua Polis Kelantan,Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Mohd Ali Tamby di Kota Bharu,di sini.

Setakat ini,Razarudin berkata arahan telah dikeluarkan untuk menutup laluan sepanjang 1.4 meter dari Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut susulan lokasi kedua mendapan dikesan.

Penutupan tersebut melibatkan laluan yang mempunyai lima pembetung.

Arahan berhubung penutupan itu telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri.

Walau bagaimanapun,Razarudin menegaskan bahawa penutupan hanya melibatkan laluan berkenaan sahaja dan tidak melibatkan kawasan lain.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap