Eksport minyak sawit disasar capai 15.6 juta tan tahun ini

2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Eksport minyak sawit mentah disasar mencecah 15.6 juta tan tahun ini,meningkat 3.3 peratus berbanding 15.1 juta tan tahun lalu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,28 Ogos - Eksport minyak sawit mentah disasar mencecah 15.6 juta tan tahun ini,meningkat 3.3 peratus berbanding 15.1 juta tan tahun lalu.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata lonjakan itu didorong oleh permintaan yang meningkat dari pasaran utama eksport seperti India dan China serta pengukuhan harga komoditi tersebut.

“Prospek industri minyak sawit dijangka terus mengukuh dengan nilai eksport diunjur berjumlah RM110 bilion tahun ini. Tahun lalu,sektor minyak sawit sahaja menyumbang RM102.15 bilion daripada jumlah eksport.

"Ini merupakan angka yang sangat tinggi,di mana 80 peratus daripada minyak yang dihasilkan di Malaysia adalah untuk pasaran eksport,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ekspo Teknologi dan Inovasi Minyak Sawit (PALMEX) Malaysia 2024,di sini.

Edisi ke-12 PALMEX mengetengahkan kemajuan teknologi dan penyelesaian inovatif oleh pempamer,serta menjadi platform untuk ketua industri dan pakar dalam bidang minyak sawit membincangkan cabaran dan peluang industri tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap