Pasaran mineral kritikal di Malaysia diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040

2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI,Kashif Ansari

KUALA LUMPUR,29 Ogos-Pasaran mineral kritikal di Malaysia bernilai RM1.4 trilion dan diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040.

Menurut kumpulan teknologi hartanahglobal,Juwai IQI pertumbuhan pasaran akan dipacu permintaan yang meningkat bagi sumber galian,didorong peralihan kepada tenaga hijau.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Kashif Ansariberkata,perkembangan tersebut akan memberi manfaat besar kepada Malaysia,memandangkan negara kaya dengansimpanan mineral kritikal.

Sumber mineral negara dianggar bernilai RM4.1 trilion,merangkumi RM745 bilionnadir bumi dan mineral logam mencecah RM1 trilion.

Pekerjaan baharu berpendapatantinggi juga dapat diwujudkan dengan meningkatkan pemprosesan dan pembuatan mineralberkenaan.

Selain itu menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Pasaran hartanah akan turut mendapat limpahan manfaat,dengan permintaan terhadapruang industri dan hartanah di kawasan simpanan mineral dijangka meningkat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap