Selangor kurangkan kapasiti air empangan hadapi MTL

2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Empangan Klang Gate / Foto Hiasan

SHAH ALAM,3 September – Kerajaan negeri Selangor,melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memulakan langkah pengurangan kapasiti simpanan air empangan sejak 16 Ogos lalu sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor,Izham Hashim berkata inisiatif yang dijadual berakhir pada 30 September itu melibatkan tujuh empangan di bawah seliaan LUAS.

Ini bertujuan mengurangkan kapasiti simpanan sehingga 90 peratus,kecuali Empangan Klang Gates yang dikurangkan kepada tahap 85 peratus.

“Strategi ini bertujuan menyediakan ruang yang mencukupi untuk kesemua empangan bagi kesiapsiagaan sekiranya menerima intensiti hujan yang tinggi,serta mengelak limpahan air empangan yang boleh menyebabkan banjir di kawasan hilir,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Izham,kawalan pelepasan air empangan akan disemak semula berdasarkan perubahan cuaca mulai 1 Oktober dengan sasaran memastikan parasnya tidak melebihi 95 peratus bagi semua empangan,kecuali Empangan Klang Gates pada tahap kapasiti 90 peratus sebelum 15 Disember.

Berdasarkan rekod LUAS,terdapat peningkatan empat peratus dalam kapasiti simpanan air di Empangan Klang Gates selepas hujan lebat pada 12 Ogos lalu,namun ia tidak menyebabkan limpahan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap