Malaysia menang kes tuntutan Sulu - Azalina

2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,6 September- Malaysia memenangi kes terhadap pihak yang menuntut Sulu di Mahkamah Agung Belanda.

Menerusi perkongsian di media sosial,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,mahkamah itu telah memutuskan untuk menolak rayuan yang difailkan oleh pihak yang menuntut Sulu.

"Keputusan muktamad dan berwibawa ini menamatkan usaha pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang dianggap tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

"Keputusan ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang telah diumumkan pada 27 Jun 2023,yang sebelum ini telah menolak cabaran terhadap permohonan pihak menuntut untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan "Anugerah Akhir" yang kononnya dikeluarkan di Paris oleh Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022," katanya.

Jelas Azalina,kemenangan itu merupakan pencapaian penting kepada Malaysia dalam memastikan kedaulatan dan hak negara di mata perundangan antarabangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap