Data pekerjaan lemah dorong penutupan rendah Wall Street

2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto AFP

NEW YORK,7 September - Wall Street mengakhiri dagangan rendah pada Jumaat berikutan data pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah daripada jangkaan memperlihatkan ekonomi yang perlahan.

Pertumbuhan pekerjaan yang tidak memberangsangkan "memberikan kebimbangan pasaran tentang kelembapan ekonomi," kata penganalisis Briefing.com,Patrick O'Hare yang turut berpandangan bahawa September memperlihatkan rekod bulan yang suram bagi ekuiti.

Pasaran saham itu yang sebaik dibuka mengalami penurunan sepanjang sesi dagangan sehingga ia ditutup hampir ke paras terendahnya.

S&P 500 ditutup pada 5,408.42,jatuh 1.7 peratus pada hari berkenaan dan 4.2 peratus dalam seminggu.

Sementara Indeks Komposit Nasdaq susut 2.6 peratus kepada 16,690.83 dan Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) hilang satu peratus untuk berada pada 40,345.41.

Bulan lalu,Amerika Syarikat yang merupakan kuasa ekonomi terbesar dunia menambah kira-kira 142,000 peluang pekerjaan,peningkatan daripada angka yang lemah pada Julai tetapi masih rendah daripada jangkaan penganalisis.

Kadar penganggurannya pula jatuh sedikit daripada 4.3 peratus kepada 4.2 peratus.

Laporan itu menyusul ketika pasaran sedang menjangkakan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Mengambil petunjuk tersebut,pasaran niaga hadapan meningkatkan kemungkinan pengurangan kadar yang kecil sebanyak 25 mata asas berbanding dua kali dengan saiz itu.

Sementara itu,Steve Sosnick daripada Interactive Brokers berpandangan,data pada Jumaat adalah konsisten dengan "kelembapan pasaran buruh,meski pun belum terlalu lemah.

"Sentimen dalam pasaran telah beralih ke arah mengelak risiko,dan ia tidak pernah akan 100 peratus jelas tentang peralihan sedemikian,kata Sosnick. - AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap