'Uncle Roger' cipta rekod dunia Guinness

2024-09-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR,15 September- Pelawak dan bintang YouTube kelahiran Malaysia,Nigel Ng mencipta Rekod Dunia Guinness baharu semalam untuk perhimpunan terbesar orang berpakaian seperti watak ikoniknya,"Uncle Roger".

Acara diadakan di luar sebuah pusat membeli-belah di sini itu menyaksikan 388 orang berjaya dikira memakai baju polo oren dan seluar hitam -- ciri khas "Uncle Roger".

Orang ramai merayakan kejayaan itu dengan laung "Fuiyoh!" -- satu frasa ikonik watak dalam talian Ng yang secara komedi mengkritik kandungan makanan dan chef terkenal dunia seperti Gordon Ramsay.

"Rasa sangat gembira dapat rekod ini," kata Ng sambil menambah bahawa pada awalnya dia agak cemas jika jumlah peserta tidak mencukupi.

Jess Wong,seorang penyokong,memuji Ng kerana memperkenalkan budaya Malaysia kepada khalayak global. "Dia benar-benar membuatkan rakyat Malaysia berbangga,loghat Malaysia,slang,keseluruhan perkara itu," katanya.

Seorang lagi peminat,Wan Faizul Adli,turut menyatakan kebanggaannya terhadap Ng sebagai YouTuber Malaysia yang terkenal.

Acara tersebut juga menandakan pembukaan rasmi restoran 'Fuiyoh! It’s Uncle Roger' di pusat membeli-belah Pavilion KL di ibu negara. -Reuters


Nigel Ng (kanan) atau lebih dikenali sebagai"Uncle Roger" memegang sijilRekod Dunia Guinness/Reuters
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap