Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

KUALA KEDAH,20 September - Kira-kira 35,000 nelayan di Kedah,Perlis,Pulau Pinang,Perak,dan Selangor terjejas pendapatan sejak 12 hari lalu akibat cuaca buruk.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT),Abdul Hamid Bahari berkata,secara tidak langsung segala aktiviti perikanan tergendala serta menghalang mereka untuk turun ke laut.

Susulan itu,dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan ikan di pasaran,penyediaan stok simpanan ikan sejuk beku menerusi kaedah Q'Fish diperkenalkan sebagai langkah alternatif untuk memenuhi permintaan pengguna.

"Walaupun ramai pengguna merungut mengenai kekurangan ikan segar,mereka masih boleh mendapatkan ikan sejuk beku dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Q'Fish.

"Pada ketika ini bekalan ikan masih mencukupi di pusat pengumpulan stok simpanan seluruh negara," katanya kepada RTM.

Q'Fish merupakan ikan segar yang dibekukan menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF).

Di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebanyak 8 spesis ikan kegemaran rakyat dipilih untuk kaedah Q'Fish,antaranya Ikan Kembung,Selar,Pelaling,Selayang,Cencaru,Tilapia,Keli dan Aya atau Tongkol.

Beliau turut menasihatkan para nelayan agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersabar menghadapi keadaan cuaca yang sukar diramal.

Ahmad Tarmizi Mohd Jamil,seorang nelayan berpengalaman 40 tahun,berkata cuaca buruk kali ini lebih ekstrem dengan ombak yang sangat kuat.

“Saya tidak pernah menjangka cuaca sebegini buruk dengan ombak yang terlalu kuat," katanya.

Kawasan persisiran pantai Kuala Kedah turut terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap