'Jom Dive' musim kedua teroka keindahan marin

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

"Jom Dive" setiap Khamis,pukul 10.30 malam di saluran Okey dan RTMKlik

KUALA LUMPUR,20 September -Program eksplorasi pulau "Jom Dive" kembali dengan musim kedua yang akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM),memberi peluang kepada penonton untuk mengenali lebih dekat keindahan kehidupan laut dan ekosistem marin di dasar laut secara terperinci.

Menyentuh kepentingan pemeliharaan alam semula jadi,program ini bukan sahaja mengetengahkan keindahan dasar laut Malaysia,tetapi juga memberi pengetahuan mendalam tentang tip aktiviti selaman serta kesalinghubungan dalam ekosistem laut yang kritikal kepada keseimbangan alam.

Hos berpengalaman,Baki Zainal,meneruskan penerokaan bersama pakar-pakar marin,aktivis alam sekitar,dan selebriti,untuk mendedahkan keindahan tersembunyi lautan Malaysia.

"Tetamu undangan dalam kalangan pakar bidang marin,tokoh penyelam,jurulatih selaman,jurufoto dasar laut,aktivis alam sekitar dan juga selebriti tanah air yang gemar melakukan aktiviti menyelam dasar laut.

“Program ini bukan hanya tentang selaman,tetapi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga ekosistem marin kita,”menurut kenyataan hari ini.

Episod pertama yang disiarkan pada 12 September lalu,membawa penonton ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu,dengan tetamu Gillian Tan,pemilik Pusat Penyelidikan Ekologi Marin,yang menjelaskan kepentingan kima gergasi dalam kitaran ekologi marin.

Sepanjang 26 episod,penonton akan dibawa meneroka pelbagai lokasi menarik seperti Pulau Sepanggar,Bunga Raya,Pulau Tiga,dan Pulau Sipadan,dengan tumpuan kepada spesies ikonik dan ancaman terhadap ekosistem terumbu karang.

“Setiap lokasi menyimpan cerita unik tentang flora dan fauna marin,dan harapan kami adalah agar lebih ramai orang menghargai dan melindungi warisan laut kita," katanya.

Saksikan "Jom Dive" setiap Khamis,pukul 10.30 malam di saluran Okey dan RTMKlik untuk pengembaraan selaman yang mendidik dan menghiburkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap