'Terra Glide EV40', berpotensi tingkat produktiviti sektor pertanian

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Traktor elektrik pertama buatan Malaysia 'Terra Glide EV40'

SERDANG,20 September- Traktor elektrik pertama buatan Malaysia 'Terra Glide EV40' menjadi tarikan pengunjung di Laman Mekanisasi,Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Kecanggihan traktor elektrik ini berpotensi besar meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),Datuk Mahfuz Omar berkata ketika ini,hanya satu unit 'Terra Glide EV40' dikeluarkan Syarikat MKR Hartamas.

Berdasarkan permintaan semasa yang tinggi,dijangka bilangan unit akan ditambah.

"Ia tidak menggunakan minyak,tidak menggunakan diesel. Ia menggunakan elektrik. Ini ke arah untuk memperkenalkan persediaan awal,pertama persediaan awal dalam minda pemain-pemain sektor pertanian ada juga petani-petani untuk membuat persiapan untuk beberapa tahun akan datang ini,supaya dapat menukar jentera-jentera itu ke arah jentera elektrik.

"Ia menggunakan cas yang sangat mudah. Dalam tempoh 45 minit ia boleh cas elektrik,tanpa bunyi,tanpa bunyi yang kuat sepertimana traktor-traktor yang lain. Ini maknanya satu yang sangat-sangat menarik",katanya kepada pemberita ketika ditemui di Laman Mekanisasi MAEPS,Serdang hari ini.

Beliau percaya pengenalan jentera ini akan mengubah landskap sektor pertanian negara hingga terkenal ke peringkat global.

'Terra Glide EV40' alternatif kepada traktor sedia ada yang berupaya menjalankan kerja beban yang setara dengan traktor biasa dan mempunyai kuasa kuda yang sama.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap