Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong belian berterusan

2024-10-25 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,25 Oktober- Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini,disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun,termasuk ringgit,kata penganalisis.

Pada pukul 8.17 pagi,mata wang tempatan berada pada 4.3405/3515 berbanding dolar AS daripada 4.3455/3510 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) dilihat terjejas berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

“DXY merosot 0.36 peratus kepada 104.058 mata berikutan peniaga dijangka menyimpan keuntungan disebabkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang berkurangan.

“Hasil Perbendaharaan AS juga rendah apabila hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun turun 3.0 mata asas kepada 4.21 peratus berikutan paras semasa menjadi semakin menarik dengan Fed AS dijangka melonggarkan dasar monetarinya walaupun secara berperingkat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu,katanya peniaga dan pelabur akan sibuk dengan pilihan raya presiden AS berdasarkan persaingan antara kedua-dua calon amat sengit.

Dalam dagangan awal,ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound kepada 5.6279/6422 daripada 5.6331/6402 semalam,meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8582/8657 daripada 2.8589/8627 pada Khamis,bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6969/7088 daripada 4.6918/6978 sebelum ini.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.51 daripada 7.49/7.51 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2903/2988 daripada 3.2928/2972 semalam.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.3 daripada 278.8/279.3 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8779/12.9174 daripada 12.9031/9259 sebelum ini.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap