Pasaran getah dijangka tidak berubah minggu depan

2024-10-26 HaiPress

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,26 Oktober - Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam mod mendatar minggu depan,dengan permintaan dan harga kekal rendah,menurut pakar industri Denis Low.

Beliau berkata pasaran juga akan mengalami aliran tidak banyak berubah berikutan aktiviti lazim pengisian semula stok,manakala minat terhadap pembelian stok getah tambahan akan kekal buat masa ini.

“Ketidaktentuan dalam ekonomi global boleh menyebabkan turun naik harga dan permintaan,namun,buat masa ini,pasaran akan menyaksikan aktiviti lazim pengisian semula stok,” kata Low kepada Bernama.

Beliau juga berkata cadangan penangguhan 12 bulan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) melegakan beberapa syarikat dan kerajaan antarabangsa.

Bagaimanapun,banyak organisasi alam sekitar telah mengkritik penangguhan itu,kata Low.

"Ini juga mungkin memperlahankan aktiviti penyimpanan stok getah disebabkan ketidaktentuan pematuhan dan potensi perubahan pasaran," katanya.

Sementara itu,Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) kekal optimistik terhadap prospek pasaran getah,didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dan pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS),walaupun kebimbangan bekalan berterusan.

"Cabaran seperti penurunan kecil harga lateks,prestasi ekonomi bercampur-campur di China,dan ketegangan geopolitik di Asia Barat menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran," katanya.

MARGMA berkata walaupun pertumbuhan dalam sektor automotif China mungkin memberikan sedikit peningkatan,ia tetap berwaspada dan akan memantau dengan teliti perkembangan dinamik ini ketika mengharungi minggu-minggu akan datang.

Seorang lagi peniaga berkata pengendali pasaran akan terus memantau penunjuk ekonomi global,terutamanya petunjuk mengenai pemotongan kadar faedah AS dan keberkesanan rangsangan China terhadap prestasi ekonomi.

"Mereka juga akan memerhatikan perkembangan berkaitan EUDR,konflik Timur Tengah,dan keputusan pilihan raya AS," katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menurun 9.5 sen kepada 862.5 sen sekilogram daripada 872 sen sekilogram minggu lepas.

Lateks pukal turun 7.5 sen kepada 750 sen sekilogram daripada 757.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang,SMR 20 fizikal berada pada 855 sen sekilogram,manakala lateks pukal pada 746.5 sen sekilogram. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap