MTL dijangka bermula Selasa depan hingga Mac 2025

2024-11-01 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,1 November- Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di negara ini dijangka bermula pada Selasa depan (5 November) dan berterusan sehingga Mac 2025.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia),Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata,dalam tempoh berkenaan,lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku melibatkan Kelantan,Terengganu,Pahang,Johor,Sarawak dan Sabah.

Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula,negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang,Sarawak dan Sabah.

Namun,sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah,hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

Menurut beliau lagi,menjelang fasa akhir MTL iaitu bermula Januari hingga Mac 2025,kawasan utara semenanjung dijangka mengalami kurang hujan dan berpotensi mengalami gelombang haba akibat dari cuaca panas dan kering.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat,nasihat,ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap