Trash4protection diperluas ke seluruh negara

2024-11-01 HaiPress

Datuk Aiman Athirah pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC),Jawatankuasa Pembangunan,Keselamatan Kampung Persekutuan,JPKKP Kampung Derga di Dewan Dato’ Syed Omar,Alor Setar,Kedah / FOTO RTM

ALOR SETAR,1 November- Program insurans asas kemalangan diri Trash4protection yang ditawarkan dalam ekosistem kitar semula Trash4cash boleh diperkembangkan ke seluruh negara.


Program tersebut menawarkan faedah yang menarik di mana hanya dengan membawa bahan kitar semula bernilai RM12 seorang selama setahun,individu terbabit layak menikmati perlindungan insurans berkenaan.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Aiman Athirah Sabu berkata,ia adalah salah satu inisiatif kitar semula paling inovatif yang mampu memberikan perlindungan asas kemalangan diri khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan.


"Trash4protection ini adalah satu inovasi yang saya yakin dan percaya boleh diperkukuhkan lagi,diperkemaskan lagi dan saya harap Trash4cash punya syarikat insuran boleh bekerjasama dengan kita untuk memperkemaskan lagi," katanya.

Antara faedah yang diperoleh oleh penduduk melalui program ini termasuk khairat kematian sebanyak RM5,000; pampasan kecacatan kekal RM5,000; kos pengebumian jenazah RM1,000; kos rawatan RM500; dan elaun kemasukan hospital RM30 sehari sehingga 10 hari.


Datuk Aiman Athirah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC),Kedah.


Katanya,pelaksanaan aktiviti 3R iaitu “reduce,reuse,recycle” terutama kitar semula semakin berkembang seiring dengan perubahan semasa dan kemajuan teknologi.


Beliau percaya penggunaan teknologi digital dan teknologi hijau dalam ekosistem kitar semula Trash4cash sangat bertepatan dengan konsep pendigitalan dan peralihan tenaga masa kini.


Ketersediaan teknologi digital ini membolehkan akses data secara real-time daripada pangkalan data Trash4cash termasuk maklumat berat timbangan mengikut kategori,pengurangan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida (CO2),dan status pembayaran terkini.


Keupayaan teknologi ini membolehkan pihak persatuan dan masyarakat memantau serta mengurus aktiviti kitar semula harian sambil memastikan kebersihan fasiliti sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan yang selamat.


Data yang tersedia ini juga amat penting bagi kerajaan dalam merangka pembangunan fasiliti pengurusan sisa pepejal yang lebih holistik pada masa hadapan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap