Mega Fortris Bhd rancang pengembangan di UK, sasaran 200 juta unit

2024-11-12 HaiPress

Ketua Pegawai Operasi Mega Fortris Bhd,Jason Francis White / Foto RTM

KUALA LUMPUR,12 November – Mega Fortris Bhd merancang pengembangan melalui pembukaan kemudahan baharu di United Kingdom (UK),dengan sasaran meningkatkan kapasiti sebanyak 200 juta unit.

Ketua Pegawai Operasi,Jason Francis White berkata syarikat itu mampu meningkatkan kapasiti dengan cepat dalam tempoh antara 30 hingga 100 hari.

“Kami dapat meningkatkan kapasiti dengan ketara melalui pelaksanaan acuan baharu,teknologi acuan dan penggunaan pengeluar peralatan asal (OEM) subkontrak yang telah disahkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia,di sini.

Mega Fortris Bhd juga akan meneruskan komitmen operasinya di Amerika Syarikat (AS) meskipun menghadapi cabaran berkaitan cukai dan peraturan di negara itu serta Eropah.

Saham syarikat itu dibuka pada harga 67 sen,sama dengan harga tawaran awam permulaan (IPO),dengan 8.58 juta saham diniagakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap