Aminuddin seru pemilik tanah bayar cukai tepat waktu

2024-11-14 HaiPress

Aminuddin Harun

JEMPOL,14 November- Semua pemilik tanah di Negeri Sembilan diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata meskipun bilangan pembayar cukai tinggi,terdapat segelintir pemilik yang masih mengabaikan tanggungjawab tersebut.

"Walaupun mereka tidak menerima surat atau notis,mereka tetap bertanggungjawab memastikan cukai tanah dibayar. Kita maklum bahawa kos penghantaran notis lebih tinggi berbanding cukai yang dikenakan,"katanya pada Majlis Penyerahan Hakmilik Felcra Bayai,Mukim Serting Ulu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain,Aminuddin turut mengingatkan rakyat Negeri Sembilan agar sentiasa bersiap sedia menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) dengan mematuhi arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

"Kita berdoa agar kita tidak ditimpa bencana yang buruk. Dalam keadaan sekarang,Alhamdulillah,negeri ini masih belum mengalami bencana besar. Kita berharap ia kekal begitu dan tidak berlaku. Marilah kita berdoa bersama-sama," ujarnya.

Aminuddin menyeru agensi keselamatan berkaitan untuk memainkan peranan produktif dan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap