Pertukaran tenaga Sarawak-Sabah beroperasi tahun depan

2024-11-18 HaiPress

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Datuk Seri Julaihi Narawi/Foto JaPEN Sarawak

KUCHING,18 November – Projek sambung tara tenaga elektrik dari Sarawak ke Sabah di bawah Northern Grid Extension dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Datuk Seri Julaihi Narawi,berkata Sarawak Energy telah menandatangani Perjanjian Pertukaran Tenaga bersama Sabah Electricity Sdn Bhd dengan kapasiti 30 megawatt untuk projek tersebut.

Menurutnya,kelewatan pelaksanaan projek berpunca daripada isu izin lalu yang melibatkan komuniti setempat di kawasan Beluru dan Telang Usan.

“Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Energy telah menandatangani Perjanjian Pertukaran Tenaga (PEA) bersama Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dengan kapasiti 30 Megawatt di bawah projek Northern Grid Extension (NGE).

“Pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan kerana menghadapi masalah izin lalu yang melibatkan komuniti setempat di kawasan Beluru dan Telang Usan,” katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Selain itu,katanya,Sarawak Energy turut merancang projek sambung tara elektrik melalui kabel dasar laut ke Singapura dengan kapasiti 1,000 megawatt serta Semenanjung Malaysia dengan kapasiti serupa.

“Bagi projek ke Singapura,rundingan diplomatik dengan Indonesia dan Singapura sedang berlangsung untuk mendapat persetujuan bagi kajian laluan kabel dasar laut,manakala projek ke Semenanjung Malaysia kini dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap