RM3.09 juta sumbangan dari Negeri Sembilan kepada pelajar cemerlang

2024-11-18 HaiPress

Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN,18 November- Yayasan Negeri Sembilan (YNS) meluluskan dana mencecah RM3.09 juta sebagai penganugerahan kepada seramai 618 orang siswazah menerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,penganugerahan itu sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada siswazah cemerlang kelas pertama,khususnya anak-anak Negeri Sembilan.

"Saya berharap saudara-saudari yang telah berjaya pada hari ini untuk membantu berkongsi dan menyebarkan maklumat penting tentang perkhidmatan bantuan pendidikan (seperti bantuan dermasiswa dan komputer riba) dan anugerah siswazah cemerlang kelas pertama ini yang dikelolakan oleh YNS.

"...termasuk melalui media sosial agar lebih ramai anak negeri ini menyedari kewujudkan inisiatif bantuan yang disediakan dan mendapat manfaat daripada peruntukan dana yang boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Beliau berkara demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 4 Tahun 2024 di sini.

Dalam pada itu Aminuddin juga mahu penerima anugerah dapat mengisi peluang pekerjaan tersedia berikutan perkembangan pesat ekonomi dan pelaburan di Negeri Sembilan.

Sumbangan bakti dengan menjadi sukarelawan YNS dilihat akan membantu perkembangan pendidikan anak-anak negeri itu yang juga memerlukan sokongan dan bimbingan semua pihak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap