JIM nafi pegawai kasari pengembara warga asing di KLIA

2024-11-20 HaiPress

FOTO ARKIB BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 November- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan pegawainya terlibat dalam insiden kekasaran terhadap seorang pengembara warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban dalam satu kenyataan,insiden itu tidak melibatkan mana-mana pegawainya.

Jelasnya,berdasarkan Seksyen 24,Akta Imigresen 1959/63,setiap pengembara yang tiba di Malaysia mesti memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan,dan jika gagal,mereka akan dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) dan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk dihantar pulang.

"Pengembara yang dikenakan NTL akan ditempatkan di ruang khas (holding lounge) di KLIA yang dilengkapi kemudahan asas dan diberikan makanan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan," katanya.

JIM menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan negara dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengembara asing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap