Program Santuni Madani fokus lahirkan generasi terdidik

2024-11-20 HaiPress

Ketua Pengarah Penerangan,Julina Johan

BATU PAHAT,20 November- Kolaborasi antara Jabatan Penerangan Malaysia dan Skillbox @ Kelab Malaysiaku dalam penganjuran Program Santuni Madani di Batu Pahat,Johor,berjaya menarik penyertaan lebih daripada 800 pelajar.

Program yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan itu memberi tumpuan kepada usaha mendukung hasrat Kerajaan Madani untuk melahirkan generasi yang terdidik.

Ketua Pengarah Penerangan,Julina Johan berkata program ini turut menyasarkan untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah terpuji dan bersemangat patriotisme,berpaksikan enam teras Malaysia Madani.

Antara pengisian program,Kuiz Kahoot Madani,ceramah ilmiah serta persembahan artis Pentarama.

"Di bawah Santuni Madani ini,ada beberapa kluster. Salah satu kluster yang ada adalah sosial. Jadi,saya mengambil pendekatan,Sekolah Menengah Seri Medan,untuk Santuni Madani di kampung saya,daripada aspek pengajaran dan pembelajaran",katanya.

Beliau yang juga alumni sekolah tersebut merancang,untuk memperluaskan program tersebut di Seri Medan pada tahun hadapan,merangkumi bantuan terhadap beberapa isu yang dihadapi penduduk kampung.

Beliau berkata demikian semasa Program Santuni Madani X Kelab Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan Malaysia,di Seri Medan,Batu Pahat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap