MIDA bantu tarik pelaburan asing, tekan pendekatan ikut keperluan pelabur

2024-11-21 HaiPress

Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR,20 November- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjadi antara penyumbang utama dalam merekodkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) tertinggi negara.

Menurut Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid,ini kerana peranan MIDA bukan hanya tertumpu kepada promosi pelaburan semata-mata,malah turut menyediakan penyelesaian kepada keperluan khusus pelabur.

MIDA menekankan pendekatan khusus mengikut keperluan individu pelabur menjadikan mereka berasa dihargai sebagai 'kelas pertama' selaras dengan sumbangan besar mereka terhadap pembangunan ekonomi negara.

"Dia nak kalau ada apa-apa masalah,dia boleh dibincangkan dengan pihak yang tertinggi. Dia membawa wang masuk ke negara kita.

Jadi,ini yang mungkin perlu dilihat. Dia tidak mahu dilihat sebagai '3rd class citizen'. Dia mahu lihat sebagai keutamaan kerana mereka datang ini membuat wang,mereka sendiri membawa teknologi mereka dan pada masa sama mereka mencipta peluang pekerjaan.

Jadi,mereka harus dilihat sebagai kredit kepada negara tersebut. Maka,mereka mahu dilayan sebagai kelas pertama," kata Dr. Aimi kepada pemberita RTM secara eksklusif selepas program Biz Malaysia di TV1.

Dalam temubual bersama Forbes,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebanyak AS$74 bilion dolar Amerika jumlah pelaburan langsung asing (FDI) direkodkan Malaysia tahun lepas.

Ini merupakan angka tertinggi dalam sejarah negara.

Malaysia juga sudah pun menarik pelaburan tambahan AS$36 bilion dolar Amerika,setakat pertengahan 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap