Lapan maut, dua cedera dalam nahas dua kenderaan di Sarawak

2024-11-22 HaiPress

Foto JBPM Sarawak

SARIKEI,21 November- Lapan maut,manakala dua lagi cedera dalam nahas dua kenderaan di Jalan Pan Borneo,Sarikei-Sibu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei,Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin,nahas meragut nyawa lapan lelaki dalam kenderaan pelbagai guna (MPV),termasuk tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan.

"Kemalangan berlaku apabila MPV berkenaan melarikan diri daripada pemeriksaan kereta peronda polis dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah pacuan empat roda.

"Dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan,manakala enam lagi tersepit di dalamnya.

"Pasukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

"Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya,dua lagi mangsa daripada pacuan empat roda mengalami kecederaan; diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap