Perodua meterai MoU dengan Petronas Dagangan, Gentari

2024-11-22 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,22 November- Perodua Sales Sdn Bhd menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) strategik bersama Petronas Dagangan Berhad dan Gentari Sdn Bhd.

Menerusi kenyataan,syarikat pengeluar kenderaan itu berkata,kerjasama itu bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan menerusi pelbagai perkhidmatan.

Menerusi kerjasama itu,beberapa inisiatif utama akan dilaksanakan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Ia termasuk penubuhan kedai serbaneka di pusat servis terpilih,integrasi pembayaran menerusi aplikasi dan pembukaan pusat servis di stesen minyak terpilih.

Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik,EV turut akan disediakan di pusat servis terpilih.

Kesemua inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pelanggan,mempromosikan penggunaan teknologi hijau,dan memastikan syarikat pengeluar kenderaan ini kekal relevan dalam pasaran automotif.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap