Malaysia kutuk provokasi Korea Utara, sokong keamanan global

2024-11-26 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim

KOREA SELATAN,26 November-Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi Korea Utara yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan serta mengancam keamanan serantau dan global.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ujian peluru berpandu balistik antara benua oleh Pyongyang pada 31 Oktober lalu jelas melanggar norma antarabangsa dan merupakan ancaman yang tidak boleh diterima terhadap keselamatan serantau serta dunia.

"Ramai yang bertanya kepada saya mengenai cabaran Korea Utara. Bagi saya,tidak sukar untuk mencadangkan bahawa sebarang percubaan atau dasar yang dijalankan oleh Korea Utara,apa pun agenda mereka,perlu dinilai berdasarkan sama ada ia dianggap provokatif atau satu cabaran kepada negara-negara lain.

"Jika tindakan sedemikian bersifat provokatif,maka kita mesti mengutuknya. Malaysia mengambil pendirian tegas,kami mengutuk provokasi oleh Korea Utara kerana ia tidak selaras dengan nilai-nilai yang kita pegang.

"Malah dengan nilai-nilai kemanusiaan,keamanan,dan kestabilan di rantau ini,tingkah laku sebegini hanya menambah ketidakpastian di rantau ini," katanya ketika menyampaikan syarahan umum khas bertajuk Strategic Partners in a Complex World: Malaysia,Korea,and the Future of Asia di Universiti Kebangsaan Seoul di sini.

Anwar turut memuji kesabaran Presiden Korea Selatan,Yoon Suk Yeol,dalam mengekalkan keamanan global,kestabilan,dan hak asasi manusia melalui aspirasi Global Pivotal State atau Negara Penentu Global.

Beliau menambah,keyakinan terhadap kepimpinan Korea Selatan yang berteraskan nilai-nilai sejagat akan menjadi kunci utama dalam menangani cabaran serantau dan global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap