UPM dicadang tukar nama kembali kepada Universiti Pertanian Malaysia

2024-11-28 HaiPress

Mohamad Sabu ditemui pemberita pada program Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) di PICC,Putrajaya hari ini/RTM

PUTRAJAYA,28 November- Universiti Putra Malaysia (UPM) dicadang menukar semula namanya kepada Universiti Pertanian Malaysia dalam usaha memartabatkan industri agro negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata cadangan itu relevan dengan perkembangan global,memandangkan pertanian kini menjadi isu penting di peringkat antarabangsa termasuk di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya berhasrat begitu kerana dahulu perubahan cuaca dan kepanasan global tidak begitu diambil kira. Kini,pertanian telah menjadi isu dunia,malah dibincangkan di peringkat tertinggi seperti PBB.

"Nama Universiti Pertanian Malaysia kembali sesuai dengan keadaan ini," katanya selepas menghadiri program Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut beliau,perbincangan lebih terperinci akan dibawa sebelum cadangan tersebut diusulkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap