82,000 anggota, ribuan aset dikerah untuk operasi menyelamat banjir

2024-11-28 HaiPress

Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA,28 November- Seramai 82,000 anggota pelbagai agensi telah dikerahkan ke lokasi banjir di seluruh negara bagi membantu operasi menyelamat penduduk terjejas,kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid,yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata kekuatan itu melibatkan 28,000 anggota bomba,17,000 anggota polis dan 17,000 anggota tentera,selain sokongan logistik yang melibatkan 2,031 bot,31 helikopter dan 1,496 lori lima tan.

Beliau menegaskan tahap kesiapsiagaan di semua peringkat telah dipertingkatkan ke tahap tertinggi memandangkan bencana kali ini dijangka lebih teruk berbanding tahun 2014.

Pendekatan menyeluruh juga telah diambil bagi memastikan semua penduduk terjejas menerima bantuan sewajarnya,termasuk membenarkan pegawai daerah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan jika diperlukan.

“Kami ambil pendekatan di luar kotak dengan membenarkan PPS baharu dibuka menggunakan budi bicara pegawai daerah,memastikan mangsa dapat ditempatkan segera,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini hari ini.

Kelantan merupakan negeri paling terjejas dengan kawasan seperti Pasir Mas dan Tanah Merah mencatat jumlah penduduk tertinggi. Lebih 400 PPS telah disediakan di Kelantan,manakala Terengganu menyediakan lebuh 700 PPS.

Secara keseluruhan,lebih 8,400 PPS di seluruh negara telah disiapkan untuk menampung lebih 2.1 juta orang.

Ahmad Zahid turut menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku minggu depan,yang berpotensi melambatkan aliran keluar air banjir ke laut.

"Fenomena ini akan menyebabkan kawasan banjir sukar untuk pulih terutama di kawasan rendah," tambahnya.

Kerajaan turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dalam usaha membantu penduduk,di samping memastikan negeri-negeri yang belum terjejas seperti Pahang dan Johor bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap