Banjir: KPWKM sedia hantar petugas tambahan
2024-11-30 HaiPress
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri / Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 November – Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menghantar petugas tambahan dari negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri-negeri yang terkesan.
Ini bergantung kepada keperluan semasa dan permohonan pihak berkuasa tempatan.
Menterinya,Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya telah berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan kelancaran pergerakan petugas,terutama di kawasan yang mempunyai sekatan jalan raya.
"Kita telah memohon kepada NADMA untuk membantu melancarkan perjalanan petugas,terutamanya di kawasan yang ada sekatan jalan raya atas faktor keselamatan. Kami juga sentiasa memantau keadaan dan bersedia menambah bilangan petugas jika diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Resepsi Mahligai Cinta Perdana,di ibu negara.