DUN lulus Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion

2024-12-01 HaiPress

FOTO Pejabat Menteri Besar

ISKANDAR PUTERI,1 Disember- Dewan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 billion.

Belanjawan Johor bertemakan Maju Johor,Rakyat Sejahtera dibentangkan Menteri Besar,Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 21 November lalu.

Menerusi sesi penggulungan DUN hari ini,Datuk Onn Hafiz turut mengumumkan inisiatif tambahan sebanyak RM26 juta.

"Sukacita saya mengumumkan bahawa beberapa inisiatif tambahan sebagaimana berikut; pertama,RM300,000 diperuntukkan bagi Dewan Muda Johor,RM200,000 untuk Persatuan Pesara Polis dan RM200,000 bagi Persatuan Pesara Tentera,RM800,000 diperuntukkan bagi 15 kem tentera di seluruh negeri Johor," katanya.

Beliau mengumumkan demikian semasa sesi penggulungan Persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar,Iskandar Puteri.

Turut mendapat inisiatif tambahan tersebut iaitu,Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sebanyak RM750,000 dan RM1 juta bagi membina Pusat Kemudahan Pelabur Malaysia-Johor( IMFC-J) di Forest City,Iskandar Puteri.

Manakala bagi menghargai sumbangan media,sebanyak RM150,000 diperuntukkan kepada Kelab Media Johor.

Sementara itu,Datuk Onn Hafiz memaklumkan Johor memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbang pemberian 20 peratus daripada hasil cukai yang dikutip di negeri itu untuk disalurkan kembali.

Jelasnya,permohonan itu penting bagi memastikan bangsa Johor terus mendapat limpahan manfaat hasil negeri.


Ia juga bagi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap