Institusi perbankan bantu pelanggan terjejas banjir

2024-12-01 HaiPress

Beberapa institusi perbankan mengambil langkah proaktif untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara ketika ini / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,30 November – Beberapa institusi perbankan mengambil langkah proaktif untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara ketika ini,dengan menawarkan pelbagai bentuk bantuan kewangan.

Antara bantuan yang ditawarkan termasuk moratorium,penggantian dokumen percuma,dan program pembiayaan khas untuk pelanggan individu,PKS,dan mikro perusahaan.

CIMB Group Holdings Berhad telah menyediakan Pelan Bantuan Banjir CIMB,yang merangkumi penangguhan pembayaran selama enam bulan untuk pinjaman dan pembiayaan,serta pengecualian caj lewat dan fi untuk pelanggan terjejas.

Agrobank pula menawarkan moratorium selama enam bulan serta penggantian dokumen bank secara percuma bagi pelanggan yang terjejas.

Bank ini juga merangka kemudahan kewangan khas untuk membantu pelanggan membaik pulih perniagaan mereka yang terkesan.

Bank Islam Malaysia Berhad memperkenalkan semula Program Prihatin Banjir,yang menyediakan penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan untuk pinjaman rumah,peribadi,dan kenderaan-i.

Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) turut menawarkan Program Bantuan Banjir yang memberi penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk pelbagai kemudahan kredit.

Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas dan membantu komuniti yang terkesan dalam menghadapi cabaran pasca-banjir.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap