Penggabungan OFS-SIDREC dalam proses akhir

2024-12-02 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,2 Disember- Penggabungan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) dengan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) kini berada dalam proses akhir.

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata ia bertujuan memastikan operasi penuh Financial Markets Ombudsman Service (FMOS),menjelang tahun 2025.

Dalam masa sama,ia membantu meningkatkan sinergi operasi skim penyelesaian pertikaian kewangan dan pelaburan yang lebih adil,mudah dan percuma kepada pengguna dan pelabur.

"Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan kajian semula had 'monetary award' bagi pertikaian-pertikaian yang akan dikendalikan oleh FMOS.

Kajian semula ini adalah untuk memastikan skim ombudsman kewangan yang ditadbir dan dikendalikan oleh FMOS kekal relevan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam ekosistem kewangan yang telah berkembang secara pesat dari segi digital serta pembangunan dan inovasi kewangan yang bertambah kompleks," kata Lim di Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Stampin,Chong Chieng Jen.

FMOS dijangka dapat menyediakan standard dan keputusan yang konsisten,selain memastikan pengguna dan pelabur menerima tahap perkhidmatan dan perlindungan yang sama.

Dalam pada itu,sebanyak RM600 juta penjimatan berjaya dijana kerajaan melalui penyasaran subsidi dieselyang dilaksanakan sejak Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying memaklumkan penjimatan yang diperoleh akan disalurkan kepada sektor kritikal dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Ini termasuk infrastruktur awam,penjagaan kesihatan dan pendidikan. Antaranya jalan raya,hospital dan sekolah. Di sampingitu,Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Smbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 turut ditingkatkan berbanding peruntukan2024.

Kerajaan akan mengukuhkan jaringan sosial secara inklusifselaras dengan hasrat kerajaan dalam menaikanlantai ekonomi MADANI," jelas Lim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Permatang Pauh,Muhammad Fawwaz Mohammad Jan di Dewan Rakyat,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap