Kes mayat bayi beku: Beri ruang polis siasat, dedah perkara sebenar

2024-12-12 HaiPress

Datuk Seri Nancy Shukri

KUCHING,12 Disember- Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menasihatkan semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes mayat bayi beku di salah sebuah hospital swasta.

Beliau menegaskan ruang masa itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan secara teliti,seterusnya mendedahkan perkara sebenar.

Bagaimanapun jelasnya,kes tersebut berada di luar bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Selain itu,isu berkaitan hospital terbabit juga berada di luar bidang KPWKM.

BERITA BERKAITAN:

Kes mayat bayi beku: Hospital tawar awal proses pengebumian kepada waris

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap