Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, didorong operasi BNM

2024-12-18 IDOPRESS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,17 Disember- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Selasa,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM21.31 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.01 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.2 bilion untuk tujuh hari,RM1.9 bilion bagi 31 hari serta RM1.0 bilion untuk 90 hari.

Bank pusat juga melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM600 juta bagi tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM26.4 bilion dan tender semalaman murabahah RM27.9 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap