Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

2024-12-23 HaiPress

FOTO FAIL

IPOH,23 Disember - Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada,di Kampung Gajah ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata,mayat Muhammad Taufik Sayuti,39berusia 39 tahun itu dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.

"Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan bucket stretcher,tali webbing dan tali menyelamat. ayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam,Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat Koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.

Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap