Inisiatif Kita Gempur diperkasa, banteras peniaga langgar SHMMP

2024-12-23 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Disember- Inisiatif Kita Gempur yang dilancarkan Khamis lalu,berperanan membanteras peniaga yang melanggar peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Krismas ini.

Ketua Setiausaha KPDN,Datuk Seri Sayuthi Bakar berkata anggota penguatkuasa akan digerakkan segera apabila menerima maklumat daripada orang awam.

Ini termasuk kesalahan tidak menggunakan label merah jambu untuk barangan yang mempunyai kawalan harga.

"Sekiranya ada peniaga yang tidak patuh kepada SHMMP ini,kita mengharapkan para pengguna dapat menyalurkan aduan melalui saluran aduan yang kita telah war-warkan pada semua khususnya melalui gerakan Kita Gempur.

Sekiranya berlaku ketidakpatuhan itu,sila buat aduan kepada kita melalui saluran-saluran yang kita sudah sediakan supaya kita dapat ambil tindakan secepat mungkin," kata Datuk Seri Sayuthi kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas melakukan pemantauan pada hari pertama pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 di Pasar raya Village Grocer Bangsar Baru,Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut,tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta boleh dikenakan penalti.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap