SHMMP Krismas 2024: Para peniaga diingatkan patuhi peraturan

2024-12-23 IDOPRESS

Exco Keusahawanan,Sumber Manusia,Perubahan Iklim,Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan,S.Veerapan / Foto RTM

SEREMBAN,23 Disember-Para peniaga diingatkan supaya mematuhi peraturan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 yang berkuatkuasa hari ini sehingga 27 Disember depan.

Menurut Exco Keusahawanan,S.Veerapan,tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta boleh dikenakan penalti.

Ujarnya,peniaga juga diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

"Jadi kita ada penandaan untuk barang kawalan kita ada tag merah jambu,barang kawalan pengguna boleh lihat sekiranya ada kenaikan barang barang yang kita kawal.

"Sembilan jenis barang ini pengguna boleh buat aduan kepada KPDN berkenaan kenaikan harga barang. Pada masa sama,saya ingatkan peniaga supaya berniaga dengan dengan etika tidak menaikkan harha barangan yang dikawal semasa musim perayaan ini",katanya demikian pada Majlis Pelancaran dan Temu Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024,di sini.

SHMMP yang dilaksanakan selama lima hari itu melibatkan sebanyak sembilan jenis barangan diwartakan di bawah skim tersebut.

Antaranya,daging kambing biri-biri import,ubi kentang import,lobak merah,tomato dan cili merah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap