JPJ lakukan siasatan dan audit keselamatan, kemalangan maut di lebuhraya Utara-Selatan
2024-12-25 IDOPRESS
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,24 Disember - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan siasatan terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan malam tadi.
JPJ menerusi kenyataan memaklumkan,pihaknya akan meneliti pelbagai aspek terutama berkaitan teknikal.
Tegasnya,JPJ memandang serius terhadap trend kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian.
"Antara langkah penguatkuasaan yang akan dijalankan meliputi; melipatgandakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan khususnya melibatkan kesalahan teknikal kenderaan,menambah kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)," menurut kenyataan itu.
Selain bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),menilai semula dan menambahbaik latihan dan kursus kepada pemandu kenderaan perdagangan dan menambah elemen
pematuhan.
Tambahnya lagi,JPJ tidak akan berkompromi dengan pihak yang mempunyai cubaan bersubahat melakukan kesalahan teknikal terutamanya berkaitan kenderaan perdagangan.
"Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan KaedahKaedah di bawahnya,Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," kata kenyataan itu.