Jualan Proton pada April mengukuh, e.MAS 7 kekal paling laris

2025-05-07 IDOPRESS

e.MAS 7 kekal sebagai EV terlaris di Malaysia.

KUALA LUMPUR,7 Mei - PROTON terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran automotif tempatan apabila catat peningkatan jualan pada April,sekali gus meningkatkan pegangan pasarannya kepada 20.8 peratus.

Prestasi ini mengekalkan PROTON di kedudukan kedua dalam senarai jualan automotif Malaysia meskipun berdepan persaingan sengit susulan kemasukan pelbagai jenama baharu dan tawaran harga agresif.

Antara penyumbang utama kejayaan PROTON ialah model elektrik penuh (EV) pertamanya,Proton e.MAS 7,mendahului jualan EV negara untuk bulan keempat berturut-turut.

863 unit model itu terjual pada April,menjadikan jumlah jualan tahun sehingga kini kepada 2,716 unit,dan mengangkat e.MAS 7 sebagai EV terlaris di Malaysia.

“EV kini menyumbang sekitar 6 peratus daripada keseluruhan jualan PROTON,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,Roslan Abdullah.

Jualan eksport tahun juga menyaksikan pencapaian tertinggi dengan 520 unit terjual menerusi model terlarisnya,Proton X50,Proton Saga dan e.MAS 7.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap