Guru satria bangsa, bentuk sahsiah tanpa noktah - PM

2025-05-16 HaiPress

Tangkap layar ucapan khas Perdana Menteri sempena Hari Guru 2025 menerusi Facebook beliau hari ini

KUALA LUMPUR,16 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya,Perdana Menteri menyifatkan guru sebagai insan mulia yang sabar mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang tanpa pernah meminta untuk dipuja.

"Dalam kehidupan ini,siapa pun kita – sama ada pemimpin,doktor,jurutera,petani,malah Perdana Menteri – semuanya pernah belajar menulis,membaca dan mengira. Segalanya bermula di dalam bilik darjah," katanya.

Beliau turut menyifatkan setiap guru sebagai seorang satria yang sabar membentuk akhlak dan teguh mempertahankan nilai,dalam usaha berterusan membina masyarakat MADANI.

"Tugas kita belum selesai,kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan. Ia adalah amanah berterusan dari satu generasi ke generasi seterusnya," jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap