Laksana tanggungjawab dengan berintegriti - Tunku Mahkota Ismail

2025-05-16 HaiPress

Tunku Mahkota Ismail/RTM

ISKANDAR PUTERI,16 Mei- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menitahkan semua Ahli Dewan Negeri agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab terhadap rakyat tanpa terjebak sebarang agenda politik kepartian.

Baginda bertitah,ketika ini bukan musim pilihan raya,sebaliknya merupakan masa untuk menumpukan usaha memperkukuh pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

"Bangsa Johor memerlukan Ahli Dewan Negeri yang bertanggungjawab dan berkesan dalam melaksanakan tugas serta membantu usaha membangunkan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Jaga tingkah laku dan jalankan amanah dengan penuh integriti agar Johor terus maju,dihormati dan disanjung," titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar,di sini,hari ini.

Dalam masa sama,baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan sidang dewan sebelum ini yang berlangsung dalam suasana tertib serta penuh rasa hormat,mencerminkan kematangan demokrasi dan budaya politik yang beradab di negeri ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap