40 lokasi lintasan gajah dilengkapi papan tanda amaran, lampu jalan
2025-05-16 HaiPress
Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Mei - 40 lokasi lintasan gajah telah dikenal pasti di seluruh negara dan telah dilengkapi papan tanda amaran dan lampu jalan.
PengarahJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak,Yusoff Shariff berkata,ia bertujuan memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan,sekaligus mengelak insiden perlanggaran haiwan liar teutama gajah di kawasan tersebut.
"Kami menyedari perkara ini dan kami cuba mengurangkan atau menoktahkan. Jadi,sekarang kami sudah pun melakukan pelbagai usaha,dan sebenarnya sejak tahun 2015 lagi,pelbagai inisiatif dibuat unttuk kawasan lintasan hidupan liar. Papan tanda juga dipasang di 19 lokasi yang berisiko,"
"Selain,pemasangan lampu jalan untuk meningkatkan tahap penglihatan pengguna jalan raya. Kami juga mengadakan porgam kesedaran awam bagi mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya khususnya berkaitan had laju," katanya ketika ditemui selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
Dalam pada itu,beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan laluan tersebut khususnya pada waktu malam,kerana berisiko tinggi untuk bertembung dengan gajah.
Pada masa sama,pengguna jalan raya diingatkan untuk peka dengan papan tanda binatang liar yang dipasang laluan tersebut.
"Saranan yang pertama ialah guna jalan pada waktu yang dicadangkan. Kemudian,yang kedua,pastikan sentiasa peka dengan papan tanda amaran. Apabila ternampak papan tanda tersebut,kurangkan kelajuan sebagai langkah berjaga-jaga,"
"Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan ialah berkenaan tindakan segelintir pihak yang terlalu prihatin terhadap hidupan liar sehingga memberi makanan kepada gajah. Jika amalan ini berterusan,ia boleh mencetuskan konflik yang lebih serius pada masa akan datang."