Peningkatan ekonomi suku pertama 2025 menggalakkan di sebalik ketidaktentuan global

2025-05-19 IDOPRESS

Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR,18 MEI - Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang pada kadar 4.4 peratus pada suku pertama 2025 mencerminkan prestasi ekonomi negara kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global.

Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus mampan,Pensyarah Kanan Ekonomi,Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad menekankan pentingnya kerajaan memastikan dasar-dasar yang telah direncanakan seperti Dasar Peralihan Tenaga,Dasar Perindustrian dan Dasar Semikonduktor Nasional,dapat dilaksana mengikut tempoh ditetapkan.

Pelaksanaannya penting bagi meningkatkan pendapatan dan eksport negara,seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi yang stabil dan seimbang tahun ini.

Beliau turut sambut baik beberapa langkah mitigasi yang akan diambil kerajaan.

Antaranya sasaran pelaburan hampir 25 bilion ringgit oleh syarikat berkaitan kerajaan untuk mengukuhkan pertumbuhan domestik.

"Di peringkat global pula,usaha menandatangani perjanjian perdagangan bebas,F-T-A baharu juga sedang giat dijalankan bagi meningkatkan jumlah dagangan,pelaburan dan eksport negara,ini satu usaha yang baik",katanya.

Jumaat lalu,Bank Negara Malaysia,BNM mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025,sedikit perlahan berbanding 4.9 peratus pada suku keempat 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap