Kapasiti penggunaan industri pembuatan cecah 81.8% suku pertama 2025
2025-05-27 IDOPRESS
Industri pembuatan negara mencatatkan kadar kapasiti penggunaan sebanyak 81.8 peratus pada suku pertama 2025,meningkat 1.0 mata peratus berbanding tempoh sama tahun lalu / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,26 Mei – Industri pembuatan negara mencatatkan kadar kapasiti penggunaan sebanyak 81.8 peratus pada suku pertama 2025,meningkat 1.0 mata peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),peningkatan itu selari dengan pertumbuhan 4.2 peratus dalam Indeks pengeluaran perindustrian sektor pembuatan.
Subsektor Produk mineral bukan logam,logam asas dan produk logam yang direka mencatatkan kadar tertinggi (85.2%),diikuti produk tekstil,pakaian,kulit dan kasut (82.6%).
Namun,perbandingan suku ke suku menunjukkan sedikit penurunan,iaitu sebanyak 0.1 mata peratus berbanding suku keempat 2024.
Dari segi bulanan,peningkatan tahunan direkodkan bagi Januari (81.8%),Februari (81.2%) dan Mac (82.5%).
"Industri berorientasikan eksport turut mencatat peningkatan 1.1 mata peratus kepada 80.6 peratus,dengan subsektor pembuatan perabot (88.4%) dan Pembuatan jentera dan peralatan (85.9%) mencatat kadar tertinggi," menurut DOSM menerusi kenyataan.
Sebaliknya,tiga subsektor kekal di bawah 80 peratus iaitu pembuatan minyak dan lemak (72.8%),produk kayu dan bahan anyaman (75.4%) dan Komputer serta produk elektronik (79.2%).
Kapasiti penggunaan industri domestik pula meningkat 0.9 mata peratus kepada 84.5 peratus,disumbangkan oleh pembuatan produk logam (86.6%) dan Produk galian bukan logam (87.3%).
Tujuh negeri mencatatkan kapasiti melebihi kadar nasional,iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (98.5%),manakala Kelantan mencatat kadar terendah iaitu 66.2 peratus,menurun 3.6 mata peratus berbanding tahun sebelumnya.