Pulau Pinang teliti impak pengharaman rokok elektronik

2025-06-06 HaiPress

Gambar hiasan

GEORGE TOWN,5 Jun - Kerajaan negeri masih meneliti secara menyeluruh cadangan pengharaman rokok elektronik (vape)di Pulau Pinang dan membuka peluangkepada pengusaha tampilmembuat penjelasan sebelum keputusan dimuktamadkan.

Ketua Menteri,Chow Kon Yeow berkata,kesan daripada pengharaman industri berkenaan berpotensi mendorong operasi jualan secara tidak sah dan lebih sukar dikawal.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow

"Ada negeri yang sudah buat keputusan dan ada yang udah lama mengharamkannya. Tetapi impak daripada pengharaman itu masih dalam penelitian. Kerajaan Pulau Pinang juga sedang meneliti perkara ini.

"Impaknya terhadap kesihatan jika penggunaan secara tidak bertanggungjawab. Namun timbul isu jika diharamkan ia tidak semestinya dapat menghentikan penggunaannya,tetapi sebaliknya akan dijual secara haram," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaranPenang GBS Industry Academy (PGIA) 2.0 di sini,hari ini.

Sebelum iniPulau Pinang tidak menolak kemungkinan melaksanakan larangan penjualan rokok elektronik sekiranya penguatkuasaan Akta 852 tidak menunjukkan kesan positif terhadap pengawalan produk tersebut.

Sementara itu,dalam perkembangan lain Kon Yeow berkata,kerajaan negeri menyasarkan 500 bakat baharu dalam bidang Kecerdasan Buatan Generatif (Gen AI) dilatih menjelang tahun depan.

Perkara itu akan dijayakan menerusi PGIA 2.0,yang diterajui Invest Penang.

"200 syarikat berstatus digital Malaysia dan dijangka meningkat,mengesahkan peranan kami sebagai hab ekonomi digital yang dinamik. Memandangkan Malaysia menyasarkan 25.5 peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada ekonomi digital dan lebih 500,000 pekerjaan baharu menjelang akhir tahun ini,Pulau Pinang secara unik bersedia untuk menerajuinya.

"PGIA 2.0,adalah inisiatif kerjasama yang menyatukan kerajaan,ahli akademik dan industri untuk menangani keperluan mendesak bakat dalam bidang AI,sekali gus memacu agenda transformasi digital Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata,program berkenaan akan bermula Julai ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap