Kerajaan sasar kadar enrolmen prasekolah dan menengah cecah 98%

2025-07-31 IDOPRESS

Kerajaan komited untuk memastikan kadar enrolmen murid prasekolah dan sekolah menengah di seluruh negara mencapai 98 peratus,melebihi kadar enrolmen sejagat / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,31 Julai – Kerajaan komited untuk memastikan kadar enrolmen murid prasekolah dan sekolah menengah di seluruh negara mencapai 98 peratus,melebihi kadar enrolmen sejagat.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu merupakan antara langkah utama dalam memperkukuh akses pendidikan bagi semua lapisan masyarakat.

Datuk Seri Anwar turut menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terus dijadikan penanda aras utama di peringkat kebangsaan dalam menilai keberkesanan dasar,kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan negara.

“Pada masa yang sama,kualiti pendidikan negara akan ditingkatkan agar berada separas purata antarabangsa berdasarkan penilaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Antarabangsa dalam Matematik dan Sains (TIMSS),” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen,hari ini.

Langkah tersebut,kata Perdana Menteri penting bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal berdaya saing,relevan dan mampu melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap