Pasaran getah ditutup rendah seiring niaga hadapan serantau dan minyak mentah

2025-08-01 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,31 Julai - Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah,menurut seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang kekal tidak berubah menjelang tarikh akhir tarif pada 1 Ogos,2025.

"Bagaimanapun,penurunan selanjutnya dapat dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah permintaan getah asli yang sederhana seperti yang dijangkakan oleh Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) bagi tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun merosot di semua bursa pada Khamis susulan tarif baharu AS ke atas automobil Korea Selatan dan aktiviti pembuatan yang perlahan di China yang menekan harga.

Beliau berkata harga minyak juga turun pada Khamis iapabila pelabur memberi reaksi terhadap data ekonomi yang lemah dari China.

Selain itu,katanya wujud kebimbangan terhadap permintaan walaupun bekalan yang lebih terhad akibat sekatan AS ke atas Rusia serta usaha Presiden AS Donald Trump untuk mencapai penyelesaian segera konflik di Ukraine melalui tarif tambahan.

Pada pukul 6.05 petang,minyak mentah Brent berkurang sebanyak 0.87 peratus kepada US$72.69 setong.

Pada pukul 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menyusut sebanyak 6.5 sen kepada 720.50 sen sekilogram manakala lateks pukal mengecil dua sen kepada 571.50 sen sekilogram. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap